Sunday, December 5, 2010

hantu lawak

Spirit of the coin

cerita seram tandas pejabat .. huhu ..

Sebuah kisah benar yg terjadi dan tak dpt dilupakan oleh penulis sepanjang hidupnya!
Pesanannya, Hati2lah bila masok ka tandas dan pandang sekeliling dan baca doa masuk tandas supaya anda tidak mengalami apa yg beliau alami.
Malam itu, malam Jumaat. Kebanyakkan anggota polis dan penyiasat-penyiasat semua dah balik ke rumah, ada yang keluar makan, ada pulak yang sedang melakukan rondaan atau serbuan di tempat-tempat yang hangat disarangkan jenayah. Aku baru jer balik dari rumah mayat SGH utk mengenal pasti satu mayat yg menurut doktor rumah mayat, adalah Lim Ah Bee, seorang pemandu teksi, yang dilaporkan hilang 7 hari lepas. Memang betul tu lah dia, menurut gambar-gambar yang diberikan oleh ahli keluarganya, yg melaporkan kehilangan Ah Bee kelmarin. Badanku berlengas peluh dan bau busuk dari bilik mayat.
Setibanya dipejabat, aku mencapai tuala dan sabun, menukar kasut, dan menuju ke arah bilik mandi. Jam di dinding menunjukkan pukul 12:20 malam. “Apa lah nasibku ini” aku mengeluh… Baru semalam shif pagi, dan hari ini hari cuti aku. Tapi terpaksa bekerja juga. Sgt Hilal terpaksa mengambil cuti tergempar kerana bapanya sakit teruk. Takpelah hari ni hari dia. Besok mungkin hari ku pulak. Sampai jer di bilik air, aku terus menuju ke kamar mandi. Seluruh bilik air tu kosong, sebab hanya 3 orang jer yg bertugas malam tu. Kedua-dua rakan sekerja yg bertugas keluar menghadiri kes. Aku pun melucutkan pakaianku, terus membuka air panas dan membiarkan air itu menbasahi seluruh rambut dan badanku…
Tiba-tiba, terdengar bunyi yang aneh, “Pssssttttt”
Mula mula, aku fikir salah seorang dari kedua rakanku itu dah balik ke stesyen dan ada di kamar mandi. Aku pun menjerit
“Bala, kau ke tu ?”tapi tak ada jawapan.
Aku pun sambung menggosok gosok sabun ke seluruh badanku. Kurang dari 3 minit kemudian, bunyi tu ada lagi…
“ Psssssssttttt”
Tetapi kini, diikuti dengan bau wangi, seperti bunga mawar. Dentuman hatiku terus pantas, dan perasaan takut menyelubungi ku. Aku pun bergegas mengosokan sabun yang masih ada di tubuhku, ambil tuala dan mengelap seluruh tubuh. Setelah menyarung seluar, aku mencapai baju dan terus membuka pintu…
Tiba-tiba, didepan muka ku, bunyi itu datang lagi, kini lebih kuat
“PSSSSTTTTTT” ……….. diiringi bau wangi yg menusuk hidungku…
Aku terpaku, tidak bergerak seketika… Lepas tu barulah aku pandang ke atas…..
***PERHATIAN!!!
Pada sesiapa yg lemah semangat, harap hentikan membaca sampai disini jer, kerana kejadian ini memang benar2 berlaku.
Lalu aku tertawa sendiri…

Saturday, December 4, 2010

dengarkan cerita hantu daripada kami iaitu saidatun nadia dan saidatun nabila

kami akan copykan beberapa cerita-cerita hantu daripada internet yang mungkin akan meremangkan bulu roma anda ...nie kami copy daripada blog (www.alyadina.blogspot.com)
Cerita-cerita hantu ni adalah hasil dari pengalaman sendiri dan juga sedara2 atau kenalan2 terdekat. Bukan rekaan yer..benar-benar belaka. Tapi cerita hantu aku ni tak ada la sehebat cerita Jangan Pandang Belakang.

Cerita 1
Tempat: Kampung aku
Masa: Malam dalam kul 9-10pm
Tahun : Kecik lagi masa tu...sekolah rendah lagi

Ini lah first time aku merasakan ada hantu...sampai sekarang masih ingat. Masa tu jiran aku ada buat kenduri....kenduri arwah ke kahwin ke tak ingat dah...biasa la budak2...malam-malam main la plak polis entry tu...aku duk menyorok bawah pokok cempedak...tiba-tiba aku rasa semacam...dan rasa macam nampak benda panjang duk sebelah aku...aku pun toleh lah...mcm kaki orang..tp panjang sangat...aku siap toleh ke atas...baru teringat kan hantu tinggi...aku toleh dan tengok lg ke atas..nak confirmkan...mmg sah...aku pun apa lagi...berlari sambil menjerit....hantu..hantu...pastu esok nyer terus demam..

Cerita 2
Tempat: Rumah aku kat kampung
Masa: Tengah malam
Tahun : Masa aku sekolah rendah

Ini abang-abang aku yang alami (masa tu diaorg dah sekolah menengah), abang2 aku tu tidur di tengah2 rumah...bersebelah dengan tingkap panjang (rumah kayu)...tiba tengah malam...abang2 aku terdengar la tingkap tu dicakar...dari atas ke bawah....tingkap tu memang dekat sangt ngan telinga diaorg tu....berulang2 kali...abang2 aku dah kecut perut...bulu roma dah naik...badan dah jadi keras...berpeluh-peluh lak tu....lepas tu disusuli pulak dengan bunyi benda bergolek kat atas atap...berulang-ulang kali gak...bergolek2 atas bawah atas bawah...abang aku yg sorang tu dah takut sangat...dia cubit sekuat-kuat hati abang aku yg lg sorang tu....abang aku yg sorang tu sebenarnya dengar gak..tp dh keras ketakutan..pastu dia kata kt abg aku yang cubit dia tu...“aku dengar la“...haha...tak pasal2 kena cubit kaw2...camne diaorg tertidur lepas tu aku tak tahu la...yang pasti bila bangun je pagi...kecoh satu rumah diaorg bercerita.

Cerita 3
Tempat: Rumah aku kat kampung
Masa: Tengah malam
Tahun: Masa aku dah sekolah menengah

Masa tu aku memang tinggal bertiga dengan mak bapak aku. Rumah orang kampung kan ke bertingkat2...so tingkat yang atas sekali tak ada sape yang tidur...aku tidur di tingkat tengah dan mak bapak aku tidur di tingkat bawah. Aku memang biasa jenis belajar sampai tengah malam. Kul 3 atau 4 pagi tu biasa la. Bila dah habis belajar tu aku pun tutup la lampu bilik air…tutup radio dan masuk dalam kelambu (masa tu pakai kelambu lagi…bess oooo). Elok jer aku nak lelapkan mata...bunyi pun datang...bunyi orang cakar dinding..betul2 bucu pemisah antara bilik aku dengan ruang tamu atas...aku senyap lagi....ye la kut2 kucing ke..tikus ke...bunyi lagi benda tu...dekat sangat ngan aku...bila bulu roma aku dah naik..apa lagi...aku jerit la panggil mak aku sekuat-kuat hati...heheheh...mak aku pun kelam kabut la naik atas dengan penyapu /parang (aku tak ingat dah) dia...aku citer la ada bunyi orang cakar...pastu benda tu bunyi lagi....apa lagi...melangsing la mak aku menempik .. mak aku kata .. „ko nak apa ha? Jangan ganggu anak aku...pastu mak aku kuar carut2 sekali...hahaha” lepas tu benda tu senyap...sampai la pagi...mak aku tidur sebelah aku sampai pagi.


Tapi citer ni tak habis lagi…selepas dari hari tu…benda tu selalu datang kacau…sampai aku dah lali...lantak ko la nk berbunyi ke apa ke...yang bess nyer kul 8 atau 9 dah mula beroperasi...so masa abang-abang aku balik dari asrama,,,aku dan mak aku pun citer la kat diaorg...diaorg plan la.....so bila mula je benda tu berbunyi...abang aku yg sorang ni terus bukak tingkap panjang tu...yg abang aku lg sorang berlari keluar tgk...mmg pantas la...tp tak ada apa2...benda tu terus berhenti berbunyi. Yang pasti tak ada binatang ke..orang ker...x ada apa2 kelihatan pun. Aku pun dah tak ingat..bila benda tu berhenti mengacau. Sampai Sekarang tak tahu ape benda bunyi tu...keluarga aku ni bukannya jenis nak pergi tengok2 atau jumpa bomoh...habis tinggi mak aku baca la apa2 yang patut.

Rumah aku kat kampung tu memang la selalu kena...kadang2 tengah2 malam dengar orang lempar pasir atas bumbung..padahal tinggi atap tu...mak aku kata hantu raya..tak tau la betul ke tak..

Lepas ni ada lagi citer2 hantu ni...hehehe